Dapat dirumuskan Hikayat Hang Tuah merupakan salah satu karya agung Melayu yang amat berpengaruh. Hikayat ini merupakan satu-satunya epik Melayu yang melakar cita-cita, kebolehan dan sikap hidup orang-orang Melayu pada suatu zaman. Hang Tuah yang menerajui hikayat ini mewakili keunggulan citra Melayu sebagai bangsa yang berbudaya dan bertamadun dengan menonjolkan sifat-sifat kesetian, keberanian, kepintaran dan budi bahasa yang halus. Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang unggul serta pahlawan melayu yang gagah semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15. Jelaslah, betapa pengarang hikayat ini mempunyai idealisme untuk mengangkat martabat bangsa Melayu setinggi mungkin. Perkara inilah yang dikaitkan bahan karya agung ini melambangkan keunggulan daya cipta seniman. Penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam mengambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan nasib bangsa dan masyarakatnya.
No comments:
Post a Comment